Lahirnya Cahaya Kebenaran Kulit Tebal

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675115790

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Weight: 1.8500KG
Sales price: RM 89.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr.Akram Ridha

Diterjemah Oleh : Najib Kailani

Disemak Oleh : Ust. Muhammad Sabri bin Shahir

Muka Surat: 1007

Satu-satunya manusia yang sejarah hidupnya tidak pernah kehabisan bahan untuk ditulis, dikaji dan dianalisis adalah sejarah hidup Rasulullah (SAW). Pelbagai aspek kehidupannya telah dipaparkan oleh sarjana muslim tak terkecuali sarjana bukan muslim sekalipun. Malah Michael Hart yang merupakan sarjana bukan mulim pertama telah pun mengakuinya sebagai manusia nombor satu paling berpengaruh sepanjang sejarah.

Sarjana muslim Mesir era 1940-an misalnya telah mempelbagaikan lagi kajian tentang sirah atau sejarah hidup Rasulullah (SAW) dengan merungkai sisi kejeniusan baginda seperti yang ditulis oleh Abbas Mahmud al-'Aqqad dalam bukunya 'Abriyyat Muhammad, serta sisi politik dan sejarah seperti yang ditulis oleh Dr. Muhammad Husien Haikal dalam bukunya Hayat Muhammad. Ada pula yang menulis dalam bentuk novel dengan bahasa yang amat mengkagumkan seperti yang ditulis oleh Dr. Thaha Husien dalam karyanya 'Ala Hamisy al-Sirah dan penulisan dalam bentuk drama seperti yang ditulis oleh Taufiq Hakim dalam bukunya Muhammad (SAW).

Buku ini pastinya menghadirkan semangat baru dalam sejarah hidup Rasulullah (SAW) yang semestinya dijadikan penyuluh dalam kehidupan umat manusia. Pembaca pastinya merasakan ada yang lain daripada yang lain dari buku ini. 

Reviews

There are yet no reviews for this product.