Kisah Teladan Wali Sembilan Pejuang Islam Untuk Kanak-Kanak

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391362

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.0000IN
Product Heigth: 10.0000IN
Product Weight: 0.5150KG
Sales price: RM 17.90
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Badiatul Roziqin

Alih Bahasa : Wahida Idris

Disemak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat : 138

Keterangan Buku :

Memaparkan tentang asal-usul, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh para wall Allah S.W.T. Wali bermaksud kekasih Allah yakni yang telah banyak berjasa dalam menyampaikan dan menyebarkan syiar Islam. Antara para wall yang mahsyur di nusantara adalah Wali Sembilan atau Wali Songo mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudus, Sunan Kalijaga, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati. Setiap wali ini memiliki kelebihan dan kebolehan mereka sendiri. Mereka menggunakan anugerah Allah S.W.T. ini untuk menyebarkan agama Islam di dalam kalangan masyarakat tempatan di Majapahit ketika itu. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, mereka tetap teguh menyampai kebenaran Islam.

Kesederhanaan dan ketaatan mereka dalam menjalankan perintah Allah S.W.T. boleh kita jadikan teladan. Manakala kebijaksanaan, kesabaran, kegigihan dan keramahan mereka telah menarik ramai masyarakat tempatan ketika itu untuk memeluk dan menghayati Islam. Semoga kisah perjalanan dakwah mereka ini memberikan kita inspirasi dan teladan dalam mempertahankan Islam yang mulia ini.

Reviews

There are yet no reviews for this product.