Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675115967

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 9.0000IN
Product Weight: 0.7700KG
Sales price: RM 28.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Diterjemah Oleh: Muhammad Fauzan Ibrahim

Diedit Oleh : Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 430

Keterangan Buku :

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala. Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan. Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Ibadah puasa bukan sahaja dilaksanakan oleh umat Muhammad s.a.w. malahan juga telah disyariatkan kepada umat-umat para nabi yang terdahulu. Begitu juga dengan penganut-penganut agama lain seperti hindu, kristian dan budha, mereka juga jalankan ibadah ini. Cuma pelaksanaannya sahaja yang berlainan dengan syariat Islam yang unggul.

Buku "Hikmat Berpuasa Di Bulan Ramadan" ini membicarakan dengan mendalam tentang ibadah puasa serta hikmah pelaksanaannya. Adalah penting untuk kita mengetahui perkara ini kerana kita hendaklah memastikan bahawa ibadah puasa yang kita jalankan mempunyai hikmat, tujuan serta matlamat yang jelas. Yang paling penting sekali ialah pelaksanaannya berbeza dengan apa yang dilakukan oleh penganut-penganut agama lain.

Semoga umat Islam dapat mendalami dan menghayati ibadah ini dengan penuh keikhlasan dan kepatuhan kepada Rabbul JaIil. Jika ia dilaksanakan tanpa keikhlasan kepada-Nya, maka ibadah ini tidak lain hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.