Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674390150

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.7750KG
Sales price: RM 28.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Alih Bahasa : Norsheilla Mohd. Yusof

Muka Surat: 524

Keterangan Buku : 

Bulan Ramadan adalah bulan yang amat istimewa sekali untuk seluruh umat Islam. Ia juga dikenali sebagai bulan yang penuh keberkatan, keinsafan dan keampunan. Di dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadar. Malah keistimewaan malam itu juga telah disebutkan di dalam Al-Quran. 

Bulan Ramadan juga telah menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah besar yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam terdahulu, yang memberikan impak besar kepada sejarah ketamadunan dan wajah dunia. Malah tidak mustahil juga peristiwa besar akan berlaku kepada setiap individu itu sendiri. Ini adalah kerana bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan dan kemuliaannya. Inilah madrasah atau institusi yang mampu membangunkan insan yang patuh dan tunduk kepada perintah dan larangan Allah S.W.T. Ia juga merupakan tempoh masa yang amat sesuai dan tenang bagi setiap manusia untuk bertaubat dan mengukuhkan ketakwaan kepada Allah S.W.T. 

Buku ini begitu istimewa sekali untuk dibaca lebih-lebih lagi untuk kita memuhasabah diri dan seterusnya memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Semoga setiap ibadah dan usaha gigih kita untuk meraih keredhaan Allah akan sentiasa kita lakukan dengan penuh istiqamah dan keikhlasan kepada-Nya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.