Bisik-Bisik Perkahwinan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267340

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.7300KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Ustaz Johari Yaman

Muka Surat: 482

Keterangan Buku :
Cinta dan ketentuan, kalau dah jodoh tidak ke mana. Ibarat kata, ikan di laut, asam di darat di dalam periuk bertemu jua. Begitulah gambaran betapa manusia itu diciptakan memerlukan kepada pasangan, lelaki berhajatkan kepada wanita dan perempuan perlukan lelaki. Ikatan perkahwinan suatu syariat yang sangat indah, memberi banyak manfaat dan faedah kepada pasangan. Perkahwinan sumber kedamaian, keharmonian, kesihatan, ketenangan, kesinambungan zuriat, pengembangan umat dan merupakan sunnah Nabi Muhammad.
Hari berlalu musim berganti, disangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari. Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan. Begitulah gambaran yang kadang-kadang berlaku kepada masjid yang dibina tetapi roboh dalam meniti hari depan. Bahtera yang dilayari dihentam gelombang dan hanya nahkhoda yang mahir dan bijak mampu melepasi gelora, jika tidak akan tenggelam dan karam di lautan.
Bisik-bisik Perkahwinan merupakan sebuah buku motivasi perkahwinan yang dipersembahkan dalam bentuk berlainan, menarik dan menghiburkan. Resipi kebahagiaan, keberkatan, kelangsungan rumah tangga dimuatkan, dibekalkan bersama nasihat dan petua menjauhi kekeruhan yang boleh membawa kepada keruntuhan. Diselitkan bersama kisah benar dan isu-isu semasa yang sering melanda rumahtangga masyarakat kita.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.