20 Tips Agar Dicintai Suami
In Stock - 97 ITEMS
Product Dimensions and Weight
Quick Overview
Penulis : Abu Ahmad Fatanah
Muka Surat:215
Cinta adalah satu perkara yang murni. la akan menjadi lebih murni jika dilandaskan kepada lunas-lunas Syariat. Sebagaimana perkara-perkara berharga yang lain, cinta tidak akan datang bergolek, sebaliknya ia mesti diburu dan dicari. Tiada ertinya ikatan perkahwinan jika tiada perasaan cinta antara suami dan isteri. Isteri yang solehah pasti tercari-cari formula yang berkesan untuk memahkotakan dirinya di sudut hati suaminya. Namun pada masa yang sama, ramai juga isteri yang kecundang untuk meraih kedudukan ini, lantaran sering terikut-ikut dengan emosi atau hilang panduan.
Buku yang anda sedang tatapi ini memaparkan 20 tips yang berguna buat panduan para muslimah yang idamkan kecintaan dari suami-suami mereka. Istimewanya, semua tips tersebut digarapkan dari al-Quran dan As-Sunnah, bukannya dari pemikiran ahli-ahli falsafah mahupun para pujangga kecintaan yang seringkali kecundang dalam mengejar cinta masing-masing.