Pintar Ibadah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267210

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4450KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Ustaz Johari Yaman

Muka Surat: 203

Keterangan Buku : 
Mengetahui dan mempelajari tentang ibadah dan urusan-urusan lain yang berkaitannya adalah menjadi kewajipan individu Muslim, kerana ia menentukan kebenaran dan kesahihan beribadah terutamanya ibadah solat yang merupakan tiang agama.
Buku Pintar Ibadah tampil membekalkan ilmu pengetahuan berkaitan asas-asas penting dalam beribadat, bermula dari cara-cara membersihkan diri dari sebarang kekotoran najis, mandi, berwuduk, bertayamum, azan, iqamah, solat, wirit, doa, zikir dan sebagainya. Mengenali para Imam mazhab juga adalah penting kerana mereka merupakan imam ikutan kita dalam beribadah yang diterima ajarannya daripada Rasulullah S.A.W. Mereka adalah asy-Syafi'e, Hanafi, Maliki dan Hanbali.
Kesilapan, kecuaian dan tidak menitikberatkan hal-hal ibadah adalah kesalahan sendiri yang akan membawa kepada penyesalan selamanya. Melaksanakan ibadah tanpa pengetahuan yang benar akan membawa kepada kehampaan, kepenatan dan membuang masa sahaja. Untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah ibadah yang dikerjakan hendaklah tepat, benar dan sejajar dengan yang dituntut. Sayang masa, sayang usia, sayang dunia demi akhirat.

Reviews

There are yet no reviews for this product.