Nabi Yusuf Pengajaran & Kemuliaan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681495

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4500KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Amru Khalid

Penterjemah: Ustaz Mohd.Suhail

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 204

Keterangan Buku :

"Ya Tuhankul! Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi. Ya Tuhan Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh."( Yusuf : 101 )

Surah Yusuf merupakan satu-satunya surah yang diturunkan secara serentak dan lengkap kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ketika itu Baginda Rasulullah S.A.W sedang dalam kesedihan, atas pemergian isteri tercinta Khadijah dan bapa saudaranya yang dihormati Abu Talib. Dalam tempoh yang sama juga tekanan dan tentangan daripada kaum musyrikin pula semakin hari semakin kuat dan mencabar. Di dalam Surah Yusuf terhimpun kisah tentang bagaimana cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh Nabi Yusuf A.S. Penuh dengan motivasi dan inspirasi bagi. Menghiburkan dan padat dengan pengajaran tentang kehidupan, hubungan makhluk dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia.

Memetik kisah-kisah daripada Surah Yusuf yang penuh dengan hikmah dan pengajaran yang diolah menjadi sebuah buku padat dengan inspirasi untuk kita semua. Amat sesuai untuk mereka dilanda kesedihan, kekecewaan atau perlukan inspirasi dalam menempuhi ranjau kehidupan yang penuh mencabar ini. Betapa tabahnya Nabi Yusuf A.S menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan. Semoga contoh ketabahan dan kesabaran Nabi Yusuf A.S itu menjadi sumber motivasi kehidupan kita seharian.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.