Membangun Masyarakat Mithani H.C.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830997438

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.2500IN
Product Heigth: 10.7500IN
Product Weight: 1.0950KG
Sales price: RM 40.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni

Penterjemah : Yahya Nuryadi & Ramadhani Ahmad

Muka Surat: 420

Keterangan Buku :

Masyarakat mithali atau boleh disebut sebagai masyarakat idaman merupakan antara matlamat utama yang hendak diwujudkan oleh Islam. Masyarakat mithali menggambarkan sesebuah masyarakat yang tinggal di suatu negeri yang menerapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Di sana ajaran agama Allah dijunjung tinggi, dan golongan masyarakat taat menjalankan syariat-Nya. Mereka tahu sekaligus mengamalkan ajaran agama, seperti berbakti kepada ibu bapa, berbual baik kepada jiran tetangga, menyayangi yang lebih muda dan menghormati yang lebih tua.
Demikian ciri masyarakat bertamadun yang dikatakan oleh Ibn Khaldun sebagai satu-satunya masyarakat yang mampu memelihara tamadun itu sendiri daripada kehancuran sebagaimana yang dialami oleh tamadun masyarakai di masa silam, kerana mereka tidak mematuhi dan mengabaikan ajaran ilahi.
Mampukah masyarakai moden ketika ini membangun masyarakat mithali seperti yang pernah dibangun dan dipelopori oleh Rasulullah suatu ketika dahulu? Bagaimanakah sebenarnya masyarakai mithali yang diingini oleh Islam? Benarkah masyarakat mithali dapat menjana keutuhan sesebuah tamadun?
Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni merupakan seorang penulis kenamaan dari dunia Arab, dan bukunya yang berjudul "Membangun Masyarakat Mithali", dapat menggambarkan bagaimana membangun sebuah masyarakat mithali seperti yang diingini oleh Islam. Gaya bahasa yang mudah difaham, kupasan yang udaiperjela- jela disertai dengan kisah tauladan dan kehidupan ulama salaf soleh, tentu akan menggugah minda para pembaca yang budiman untuk mentauladani kehidupan masyarakai mithali, sesuai dengan ajaran Islam.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.