La Tahzan Jangan Bersedih Don't Be Sad

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673680184

In Stock - 50  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 4.5000IN
Product Heigth: 7.2500IN
Product Weight: 0.8400KG
Sales price: RM 19.80
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Penterjemah : Noraine Abu

Muka Surat: 940

Keterangan Buku :

Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.
Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi. Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Hanya kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t. Mungkin ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. Atau mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan. Ini yang selalunya membuat kita jauh daripada Allah s.w.t dan dilanda kesedihan. Terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat mudah terlena, terlalu sedih atau kecewajuga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong suram.
Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkan lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia. 
Jangan bersedih, mungkin itu lafaz yang amat mudah dan ringkas. Makna dan jiwanya besar. Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni mengupas indah dan mudah pengisian ilmunya. Menyuntik semangat untuk jiwa yang bersedih, berduka dan hati yang bercelaru. Agar kita lebih dekat dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Kita memohon kekuatan dan ketabahan daripada Allah s.w.t bagi menghadapi kesusahan dan kesedihan.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.