Cahaya-Cahaya Air Wuduk

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267258

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4700KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Muhammad Muhyidin

Alih Bahasa: Norsafini Jaafar

Disemak Oleh: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 256

Taharah (bersuci) adalah perkara asas dalam ajaran fekah dan ibadah. Mengapa? Kerana bersuci bukan hanya bermaksud membersihkan fizikal sahaja tetapi juga penyucian batin, jiwa dah hati. Dan salah satu ajaran bersuci (taharah) yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai sebahagian perintah solat yang juga sebagai salah satu syarat sahnya solat adalah berwuduk.

Adakah anda tahu mengapa wuduk diletakkan sebagai yang amat penting dalam syarat sahnya solat?

Buku ini merungkaikan persoalan anda tentang rahsia, mukjizat dan fadilat wuduk. Bukan hanya berhubung kait dengan amalan solat, malah merangkumi kesan dan impaknya terhadap hati (nurani) dan raga (fizikal) kita setiap hari. Huraian yang tertulis di dalam buku ini, laksana membuka pintu iman dan aura di hati kita untuk membiasakan diri agar berwuduk dengan betul dan sah. Ini kerana dari situ akan terbit cahaya-cahaya yang maha indah dan mempersonakan dalam jiwa raga kita.
Bagaimanakah wuduk itu dapat memberi cahaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat? Jawapannya di dalam buku ini, yang akan menyingkap dengan terperinci dan menakjubkan untuk kita semua. Insya Allah misteri itulah yang kita ingin ketahui!

Reviews

There are yet no reviews for this product.