Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675984730

In Stock - 98  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4300KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Badiatul Roziqin

Alih Bahasa: Norsafini Jaafar

Disemak Oleh: Ustazah Sabariah Bakri

Muka Surat: 203

"Barang siapa yang ingin dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya dan dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah di bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim." (Hadis Riwayat Abdullah Bin Ahmad, Bazzar dan Tabrani).

Peribadi istimewa seperti Abdurrahman bin 'Auf, Imam Hanafi, Juanid al-Baghdadi hinggalah Hasyim Asy'ari, sebagaimana yang kita semua tahu adalah pemimpin Islam, ulama, ahli ibadah, pengamal tarekat dan para sufi yang dimuliakan Allah S.W.T. Secara rohaniah dan spiritual, mereka adalah contoh orang yang luar biasa keimanan dan ketakwaannya. Realitinya mereka adalah contoh orang yang luar biasa keimanan dan ketakwaannya. Realitinya mereka ini dikategorikan sebagai sangat kaya. Dengan kekayaan itu, mereka berupaya dan mampu menyumbangkan sesuatu untuk kemaslahatan umat Islam.

Sememangnya begitulah yang dimahukan Rasulullah S.A.W sejak ribuan tahun yang lalu. Baginda memerintahkan kepada umatnya untuk memerangi kemiskinan. Bahkan Baginda menegaskan bahawa kemiskinan itu mendekatkan kita kepada kekufuran. Oleh itu perangialh kemiskinan, lawanlah kemelartan dan bekerja keraslah agar kita kaya raya harta sekaligus kaya jiwa.

Dengan menakjubkan, buku ini memperlihatkan betapa ramai para sufi, hamba Allah yang luar biasa ibadahnya yang kaya dari segi materialnya. Dengan limpahan rezekinya, mereka mampu mendorong manusia umat ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kekuatan.

Maka masihkah anda tidak malu kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya untuk mengatakan bahawa mukmin sejati adalah mereka yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia dan hanya berpasrah nasib kepada takdir tanpa bekerja?

Subhanallah, bukankah Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Qur'an bahawa Dia tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia berusaha mengubahnya sendiri?

Bergurulah dengan para ahli ibadah, para sufi yang jutawan dan dermawan dalam buku ini...

Reviews

There are yet no reviews for this product.