111 Tip Untuk Mudah Bertahajjud

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681440

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 9.0000IN
Product Weight: 0.6000KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Muhammad Bin Soleh Abu Abdullah

Penterjemah: Ustaz Mohd.Suhail

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 288

Keterangan Buku :

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau penghujung malam. Di dalam Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. terdapat banyak galakan yang mengajak umat Islam penghujung mengerjakan solat tahajjud sebagai salah satu ibadah tambahan.
Tetapi satu persoalan yang timbul ialah kenapakah Allah menetapkan masa untuk bersolat tahajjud pada tengah malam ketika suasana sunyi, dingin dan ketika waktu yang paling enak untuk tidur dan dibuai mimpi. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya ia bukanlah satu perkara mudah untuk bangun bertahajjud bila mana orang lain sedang enak dibuai mimpi. Namun bagi mereka yang mendalam rasa cinta-Nya kepada Allah dan Rasul-Nya, pasti mereka akan melawan hawa nafsu dan apa jua godaan demi bertahajjud menghadapkan wajah, diri dan hati yang penuh ikhlas ke hadrat Allah SWT.
Sekiranya mahu menjadi Tahajjud itu amalan harian anda, buku ini mengemukakan 111 tip atau petua istimewa. Tip-tip yang boleh sama-sama dibaca dan diamalkan oleh para pembaca budiman dalam usaha mendidik diri, jiwa dan nafsu agar menjadi lembut dan mudah bertahajud, bertagarrub dan beribadah kepada Allah di tengah-tengah kesunyian dan kedinginan malam. Tip-tip yang dikemukakan meliputi usaha dan ikhtiar mendidik rohani dan jasmani, mengajak untuk menghayati kelebihan dan fadilat bertahajjud, saling mengingatkan di antara kaum keluarga dan antara satu sama lain, mencontohi kisah-kisah teladan daripada Sirah Nabi SAW, para sahabat baginda, dan para solihin terdahulu.
Jangan lepaskan kelebihan dan keutamaan Tahajud dan dapatkan tip-tip berharga dari buku ini.

Reviews

There are yet no reviews for this product.