Meneladani Kekayaan dan Sifat Dermawan Uthman bin Affan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391171

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.3150KG
Sales price: RM 11.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Nor Fadilah

Alih Bahasa : Nabilah Abd.Jalil

Disemak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat : 186

Siapa yang tidak kenal dengan nama Uthman bin Affan? Nama tokoh agung ini sudah banyak tercatat di lembaran sejarah sebagai seorang yang sangat dermawan dan tidak pernah lokek untuk mengeluarkan hartanya untuk perjuangan Islam.

Uthman bin Affan merupakan seorang peniaga yang sangat bijak berstrategi dalam perniagaan. Kesemua perniagaannya memberikan pulangan yang sangat lumayan. Buktinya, di tangan sahabat nabi inilah Masjid Nabawi megah berdiri. Namun di sebalik kekayaannya itu, beliau adalah seorang yang sangat bersederhana dan zuhud terhadap dunia. Segala kekayaannya hanya diletakkan di hujung jarinya, bukan di hatinya. Apa yang bertakhta di dalam hatinya adalah Pencipta kekayaan itu yang Maha Kaya, serta kekasih-Nya yang agung, Muhammad SAW. Apakah rahsia Uthman bin Affan sehingga boleh bersikap sedemikian rupa terhadap dunia?

Ketahuilah rahsia Uthman bin Affan dalam mengurus kekayaannya sehingga kekayaannya menjadi wasilah untuk lebih dekat dengan Rabbnya. Mudah-mudahan dengan pengisian yang dikongsikan di dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menjadi orang kaya yang beriman. Bukan sahaja kaya di dunia malah lebih kaya di akhirat kelak.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.