Koleksi Kisah Teladan Iktibar Tanah Suci (Makkan & Madina) Jil

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830997155

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.5000KG
Sales price: RM 17.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Haji Zainal bin Haji Bujang

Muka Surat: 252

Banyak kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di tanah suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah s.w.t. bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya. Tidak kurang juga darjat kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, kecelu-paran atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak tanduk para jemaah bakal-bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mazmumah mereka yang masih liar dan tidak dibendung atau dikawal itu. Dalam buku ini. bakal-bakal haji dihidangkan dengan beberapa paparan sebahagian daripada kisah-kisah tersebut untuk direnungi, dihayati serta diambil iktibar agar mereka tidak mengulangi lagi kesilapan saudara mara dan sahabat handai yang telah melunaskan tuntutan ibadah haji mereka dalam usaha untuk mendapat haji yang mabrur yang Allah janjikan syurga sebagai balasannya itu.

Reviews

There are yet no reviews for this product.