Kisah Pengajaran Daripada Para Sahabat & Solihin di Ambang Kemat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267920

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.5650KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Syeikh Majdi Fathi As-Sayyid

Penterjemah : Nabila Abdul Jalil

Disemak Oleh: Dr.Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat : 340

Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian walau dengan apa jua cara tanpa mengetahui bilakah detik dan masanya. Justeru, kematian merupakan satu perkataan yang digeruni dan kalau boleh cuba dielakkan untuk berbicara mengenainya kerana ia memisahkan manusia dengan kelaza tan dan kesenangan dunia yang melekakan. Ditambah pula dengan kesakitan dan kedahsyatan saat menghadapi kematian iaitu 'sakaratul maut' yang digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai Sabda Rasulullah SAW: "Sakaratul maut itu sakitnya santa dengan tusukan tiga rates pedang" (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW : "Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa mebawa bahagian kain sutera yang terkoyak ?" (HR Bukhari)

Di antara sebab kenapa Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati ialah, kerana manusia yang sentiasa mengingati mati akan dapat mendidik jiwanya menjadi rendah diri, tidak resah gelisah, tidak lupa diri dan sombong bahkan bersedia untuk menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Kematian daripada perspektif Islam ialah suatu proses perpindahan daripada satu alam ke alam yang lain, iaitu alam dunia ke alam barzakh yang merupakan tempat penantian untuk sampai ke alam akhirat. Kematian merupakan perpindahan dari alam yang sementara ke alam yang kekal abadi. Namun begitu, Islam melarang umatnya mengharapkan tibanya kematian hanya disebabkan kerana berhadapan dengan sesuatu penderitaan atau permasalahan. Gunakanlah kesempatan hidup yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk beramal mengumpul bekalan ke akhirat sana. Orang yang bijak adalah mereka yang mengumpul bekalan dari dunianya untuk akhiratnya.

Buku ini memaparkan kisah pengajaran daripada para sahabat dan golongan solihin ketika mereka menghadapi ambang kematian atau sakaratul maut. Moga kisah-kisah yang dipaparkan ini diharapkan dapat memberikan pengajaran kepada para pembaca tentang hakikat sakaratul maut, persediaan menghadapinya, menambah rasa takwa dan keinsafan, serta menyedarkan yang mereka yang terleka dengan kehidupan dunia yang hanya merupakan tempat persinggahan menuju ke akhirat yang abadi.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.