Ibu Itu Sungguh Ajaib!

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267807

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4250KG
Sales price: RM 14.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Bilif Abduh

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Di semak Oleh: Dr. Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 204

Jika ditanya siapakah insan yang kuat, paling luar biasa dan paling istimewa di dunia ini, pasti jawapannya adalah ibu. Memang sangat tepat jika seorang ibu dikatakan sebagai seorang insan yang amat luar biasa dan istimewa. Walaupun fizikalnya yang santun dan lemah lembut, tetapi di sebalik semua itu tersimpan kekuatan dan ketabahan luar biasa yang tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki (ayah).

Lihatlah Siti Hajar, seorang ibu luar biasa yang ditinggalkan sendirian hanya ditemani oleh bayi yang masih kecil iaitu Nabi Ismail. Bayangkanlah di bawah panas teriknya matahari dan ganasnya haba padang pasir Arab, dia perlu meneruskan kehidupan, membesarkan dan memelihara anaknya sendirian.
Bayangkan juga Ummul Mukminin Siti Khatijah. Menjalankan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anaknya dan juga menemani si suami (Nabi Muhammad S.A.W) dalam perjuangan dakwah Islam. Dia juga berhadapan dengan tentangan dan tekanan daripada orang kafir Quraisy.
Buku cuba mengungkap sudut-sudut luar biasa daripada seorang insan yang bernama ibu. Selain Siti Hajar dan Siti Khatijah, contoh ibu-ibu hebat lain adalah Siti Aisyah ibu dan isteri yang cerdas, Al-Khansa ibu para syuhada, Siti Asiyah isteri Firaun, Siti Mariam dan lain-lain. Selain kisah-kisah luar biasa tentang kehebatan ibu, buku ini juga mampu membuat anda sedar akan ribuan peranan, tanggungjawab dan kedudukan penting seorang ibu bagi seorang anak. Sehinggakan adalah wajar bila ibu begitu agung di sisi Allah.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.