Penawar Bagi Orang Yang Ditimpa Musibah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830996868

Out Of Stock ( 0  ITEMS)

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.0000IN
Product Heigth: 10.0000IN
Product Weight: 0.9700KG
Sales price: RM 35.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Muhammad bin Muhammad Al-Manjabi Al-Hambali

Penterjemah: Haji Sirajuddin bin Khairul Anam L.C. Haji Ahmad Baihaqi bin Khairuddin M.A.

Muka Surat: 442

Musibah adalah sesuatu yang menimpa manusia, adakalanya ia datang sebagai hukuman Allah atas kesalahan dan kelalaian manusia dan adakalanya ia datang sebagai ujian atas keimanan hambaNya.
Seseorang yang ditimpa musibah hendaklah lebih dahulu melakukan muhasabah, memeriksa ke dalam dirinya sendiri, mengapa perkara itu menimpa dirinya. apakah ia sebagai hukuman atas kesalahannya atau merupakan ujian atas keimanannya. Perkara ini amat penting sekali, kerana dengan cara itu dia tidak akan kehilangan punca atau dapat mengawal dirinya dan mencari jalan yang hendak dilaluinya seterusnya.
Pengarang buku ini berusaha membantu pembaca budiman. terutama pembaca yang ditimpa musibah, untuk mencari jalan keluar atau penawar agar seseorang itu boleh menentukan arah tuju yang akan dilaluinya selepas itu, benarkah musibah itu didatangkan sebagai sarana penghapus dosa bagi manusia dan sejauhmana hubungan musibah itu dengan qadak dan qadar yang sudah ditentukan oleh Allah untuk hambaNya.
Huraian yang dibentangkan dalam buku kecil ini amat sesuai dibaca dan difahami oleh kaum muslimin dan muslimat agar jiwa selalu tenang dan hati tidak gelisah ketika ditimpa musibah. Jelasnya agar musibah yang menimpa itu tidak merosakkan keimanan dan membahayakan keyakinan serta tetap tabah dan tenang dalam menghadapi liku-liku kehidupan selanjutnya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.