Mari Berubat Dengan Tumbuhan Sekeling Anda

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670268040

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.2500IN
Product Heigth: 9.2500IN
Product Weight: 1.3000KG
Sales price: RM 55.00
Price / kg:

Quick Overview

Muka Surat: 664

Keterangan Buku :



Penulis: Siti Faziah Yusof

Editor: Nor Azlina Jaafar

Ilmu perubatan atau penyembuhan telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi. la diturunkan dari generasi ke generasi melalui lisan dan setelah adanya tulisan ia telah dibukukan. Penggunaan tumbuhantumbuhan semulajadi telah menjadi asas kepada perubatan dan penyembuhan penyakit. Sebelum wujud dan popularnya perubatan atau rawatan moden, penggunaan tumbuhan semulajadi ini adalah bahan utama. Namun kini ia dikenali sebagai perubatan alternatif atau tradisional.
Kini penggunaan tumbuhan-tumbuhan semulajadi ini semakin popular dan diberikan perhatian semula. Ini adalah kerana ubat-ubatan moden dan cara rawatan moden ada kesan sampingan untuk jangkamasa pendek atau panjangnya. Malah lebih serius lagi, bahan yang terdapat di dalam ubat-ubatan itu statusnya agak samarsamar sama ada halal atau tidak. Sehubungan dengan itu masyarakat sekarang khususnya pengguna-pengguna Islam amat menitikberatkan tentang halal dan haram bahan tersebut. Maka disebabkan isu tersebut penggunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini telah menjadi pilihan. Bukan hanya di kalangan orang Islam malah ahli farmasi barat juga telah menjalankan kajian dan mengakui keberkesanan perubatan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini.
Buku ini telah menghimpunkan pelbagai cara dan penggunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk masalah-masalah kesihatan tertentu. Selain resipi dan sukatan penggunaannya juga telah disediakan. Untuk memberikan maklumat tepat berkenaan jenis dan bagaimana gambaran tumbuh-tumbuhan tersebut, gambar sebenar disediakan. Apa yang terdapat di dalam buku ini kita jadi usaha kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah. Namun sebagai peringatan setiap bahan yang kita amal dan gunakan untuk penyembuhan akan memberitindak balas tertentu.Penggunaan yang berlebihan atau tidak mengikut daya tahan mungkin akan memberi kesan sampingan. Seeloknya untuk masalah kesihatan dirujuk kepada mereka yang pakar. Keyakinan kita untuk mendapat kesembuhan itu patut disandarkan kepada Allah. Allah sajalah yang memberikan keizinan untuk sembuh dengan usaha yang telah kita lakukan.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.