Mahu Menguasai Sains Tulen ? Berpuasalah!

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670268972

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4050KG
Sales price: RM 12.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Zian Farodis

Alih Bahasa : Nabila Abd. Jalil

Disemak Oleh : Ust. Muhamad Salman bin Jonid

Muka Surat:184

Sains Tulen adalah salah satu cabang disiplin ilmu sains moden. Ia merangkumi perbahasan dan kajian berkaitan dengan Ilmu Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi. Berpuasa pula adalah satu daripada amalan kesihatan dan keagamaan yang diamalkan dan disyorkan oleh beberapa agama seperti Islam, Kristian, Hindu, Budha dan Iain-Iainnya. Cuma cara bagaimana dilakukan berbeza antara agama-agama berkenaan. Ia juga disyorkan oleh para pengamal perubatan sebagai satu kaedah rawatan dan penyembuhan kepada para pesakit.
Buku kecil ini mengajak mereka yang bercita-cita dan mempunyai idaman untuk menguasai ilmu sains tulen untuk memperbanyakkan amalan berpuasa, kerana kajian buku ini menjelaskan dan memaparkan amalan berpuasa mampi menjana otak dan akal manusia untuk mudah menguasai ilmu-ilmu sains tulen. Ramai pelajar menganggap ilmu sains tulen sukar untuk dikuasai, tidak ramai saintis yang lahir berbanding bidang-bidang yang lain kerana is dianggap sukar dan membosankan, segelintir pelajar meninggalkan bidang sains tulen kerana kesukarannya .
Para pembaca sekalian , buku kecil ini menjelaskan misteri akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pastinya memerlukan keseimbangan dalam tubuh itu sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang misteri itu, bacalah buku ini. Selamat membaca.

Reviews

There are yet no reviews for this product.