Hikmah Terapi Al-Quran
In Stock - 98 ITEMS
Product Dimensions and Weight
Quick Overview
Pengarang : Hishsyah binti Rasyid
Diterjemah Oleh : Mohd Basri bin Yusof
Disemak/Edit: Dr. Mohd Puzhi bin Usop
Muka Surat: 84
Buku ini mengetengahkan kehebatan AI-Quran yang menjadi kitab pegangan umat Islam seluruhnya sebagai sarana yang unik untuk terapi penyakit mereka. Terdapat ayat-ayat tertentu dan surah-surah tertentu yang sekiranya diamalkan dan diyakini dapat menyembuhkan penyakit. Satu lagi keistimewaan buku ini ialah terdapat contoh-contoh yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat yang lain dalam mengaplikasikan terapi dengan AI-Quran ini.
Antara lain terapi dengan menggunakan ayat-ayat tertentu dapat meruqyah iaitu sebagai jampi untuk penyakit tertentu dan serangan binatang bisa. Apa yang penting seseorang hendaklah yakin dengan kuasa Allah yang akan menyembuhkan penyakit yang Dia kehendaki.
Ayat-ayat AI-Quran juga mampu untuk memelihara seseorang itu dari terkena sihir di tempat-tempat tertentu.
Bagi sesiapa yang menginginkan anak setelah berusaha dengan pelbagai cara sesungguhnya terapi dengan:AI-Quran ini dapat menjadi penyelesai masalah,.mereka.
Ringkasnya, terapi adalah salah satu cara bagi setiap individu untuk menjadi doktor sendiri bagi penyakit mereka dan menyerahkan segala kesebuhan kepada Yang Maha Esa.