Atasi Sakit Anda Dengan 63 Penyembuhan Sampingan Edisi Baru

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681518

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.0000IN
Product Heigth: 9.0000IN
Product Weight: 0.6450KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

ISBN :9789673681518

Pengarang : Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat: 276

Setiap penyakit atau kesakitan yang menimpa seseorang tidak akan wujud melainkan dengan pengetahuan dan keizinan Allah S.W.T. Ditimpakan dugaan dan cubaan dalam bentuk penyakit ini adalah untuk menguji seseorang hamba Allah itu. Sama ada hendak meninggikan atau menurunkan darjatnya serta memberikan pahala kepadanya. lni terserah kepada kita untuk menghadapinya, sama ada dengan rasa penuh ketakwaan dan kesabaran kepada Allah atau sebaliknya. Sekiranya kita menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketakwaan maka amat besarlah ganjarannya. Jika sebaliknya amat rendah darjat dan martabat seseorang manusia itu.
Setiap penyakit pasti ada ubat dan penyembuhnya kecuali mati. Dan kesembuhan itu pula adalah dengan keizinan Allah S.W.T. Ubat adalah usaha kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah S.W.T. Semoga dengan usaha yang kita lakukan dan doa yang kita panjatkan kepada Allah, insyaAllah akan diberikan kesembuhan kepada kita. Dan dengan nikmat kesembuhan itu kita akan lebih bersyukur, tunduk dan patut kepada Allah S.W.T.
Buku ini amat bernilai kerana memberikan kita panduan penyembuhan menggunakan bahan-bahan di sekeliling kita dan amalan seharian yang sering kita lakukan. Di samping dapat mengamalkan kehidupan yang sihat dan selesa, is juga mengajak kita untuk beribadah agar lebih dekat kepada Allah. Semoga dalam setiap apa yang kita lakukan dan niatkan kerana Allah akan mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.