57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673680801

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.6150KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Muka Surat: 343

Pengarang : Dr.Muhammad Dhani

Disemak Oleh: Dr.Mohd.Puzhi bin Usop

Islam amat menekankan tentang kesihatan dan kehidupan yang sihat. Penekanan ini bukan sahaja berkisar tentang kesihatan luaran dan dalaman semata-mata, malah merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani. Kesihatan tubuh badan fizikal dan mental ini bermula daripada penjagaan dari apa yang memasuki tubuh badan kita. Contohnya makanan, minuman, udara dan sebagainya. Dalam Islam bersih dan berkhasiat sahaja tidak mencukupi, malah amat ditekan dari unsur mana kita dapatkan hasil makanan tersebut sama ada punca yang halal atau haram. Maknanya jika tidak terdapat unsur syubahat atau raguragu di dalamnya maka ia adalah bersih, suci dan berkhasiat. Ini amat penting kerana mencegah sesuatu penyakit adalah lebih utama daripada mengubatnya. Dan pengawalan daripada awal merupakan satu pencegahan yang paling efektif dan berkesan.
Walau bagaimanapun setiap penyakit yang diturunkan Allah kepada hambanya bukanlah satu penyeksaan tetapi ia merupakan cubaan untuk hambanya. Bagaimana tahap keimanan dan kesabarannya dalam menghadapi dugaan yang menimpanya. Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya kecuali mati. Pelbagai penawar telah Allah sediakan kepada manusia bagi setiap penyakitnya. Terpulang kepada kita untuk berusaha serta berdoa untuk mendapat kesembuhan tersebut.
Buku "57 Penyakit Bahaya & Rawatannya" ini merupakan sebuah naskhah yang boleh kita jadikan rujukan dan panduan dalam usaha kita untuk mendapat kesembuhan dan sihat semula dengan izin Allah. Untuk mendapatkan nasihat dan penerangan yang lebih luas seeloknya kita merujuk kepada mereka yang pakar dan terlatih dalam bidang perubatan. Khidmat dan nasihat mereka merupakan salah satu ikhtiar kita untuk niendapatkan kesembuhan dengan keizinan dan kekuasaan Allah Yang Berkuasa.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.