Home Schooling Satu Penemuan Pendidikan Berkesan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670268620

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.3000KG
Sales price: RM 16.00
Price / kg:
Keterangan Buku Dalam bidang pendidikan, semua warganegara adalah berhak mendapat pendidik. Paling minima, pendidikan wajib yang mesti dilalui oleh setiap warganegara sehingga kini adalah selama 11 tahun daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Malah seseorang itu tidak dihalang untuk mendapatkan pendidikan setinggi mungkin, selagi tuan punya dirinya berkemampuan sama ada dari segi fizikal, mental dan material. Hal ini termaktub di dalam perlembagaan negara.
Walaupun kepesatan bidang pendidikan sekarang yang semakin maju ditambah pula dengan kemajuan sistem teknologi dan maklumat. Ini membuat bidang pendidikan ini semakin terbuka tanpa sempadan. Pendidikan secara formal iaitu dengan adanya institusi pembelajaran dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke institusi pengajian tinggi adalah biasa kita lihat.
Namun terdapat idea untuk mengadakan pembelajaran secara 'Home Schooling', iaitu sistem pendidikan tanpa pergi ke sekolah atau institusi pendidikan. Ini timbul setelah banyak faktor yang melibatkan persekitaran yang kurang menyenangkan khususnya dari sudut keselamatan dan beberapa sebab lain. Bagaimana sistem ini boleh direalisasikan? Mungkin ada dari kalangan warganegara yang tidak mampu untuk menjalani pendidikan secara normal seperti orang disebabkan sebab tertentu. Ini adalah salah satu alternatif bagi mereka untuk mendapat pendidikan seperti orang lain. Buku memberi sedikit pencerahan tentang kelebihan dan kekurangannya, kurikulum, metodenya, pengurusan, tip-tip menggembangkannya. Dan juga diberikan beberapa contoh sistem 'home schooling' yang terdapat di Indonesia. Semoga ini dapat memberikan idea untuk masyarakat sekitar khususnya di Malaysia.

Reviews

There are yet no reviews for this product.