Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670465982

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4000KG
Sales price: RM 12.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Sulaiman Shaqir Ust. Saifuddin Aman

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Di Semak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 177

Betapa sebuah dunia ini akan pincang tanpa hadirnya sosok seorang ibu. Dialah ibu, dia jugalah guru, malah dialah yang dengan penuh kasih sayang mengusap manja anaknya menenangkan jiwa dan perasaan. Pelukan keibuannya menawar sejuta keresahan. Dia jugalah seorang chef yang menyediakan masakan paling enak clan berperisa perasaan kasih sayang seorang ibu. Apabila si anak menangis kesakitan dialah doktornya, secara semulajadi memberikan preskripsi penyembuhan mujarab yang penuh dengan kecintaan. Dan dia jugalah seorang penghibur yang hebat mengalukan bait-bait cinta kasih yang membuaikan sehingga anaknya teriena diulit mimpi-mimpi indah. Bagiku tiada adiwira yang sehebat seorang ibu.

Adakah kita sedari betapa besarnya pergorbanan seorang ibu? Saat mengandung anaknya menanggung pelbagai dugaan, apatah lagi saat melahirkan kita. Si anaknya umpama raja atau ratu, memberi perintah dan meminta sahaja, apa yang diinginkan si anak pasti akan diusaha semampunya oleh si ibu. Ketika makannya akan ingatkan si anaknya, bahagian yang paling enak akan ditinggalkan untuk si anak. Ketika tidurnya juga akan ingatkan si anaknya, kalau boleh tiada seekor nyamuk pun boleh menyentuh anaknya. Dan hanya mimpi indah yang akan menghiasi tidur anaknya.

Adakah kita sebagai anak berfikiran sebegitu terhadap ibu kita? Itulah hebatnya karamah seorang insan bernama ibu. Sayangilah dan kasihilah kedua ibu bapa kita.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.