keistimewaan Umrah Di Bulan Ramadhan & Panduan Umrah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830993713

Out Of Stock ( 0  ITEMS)

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.3500KG
Sales price: RM 8.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat : 103

Sesungguhnya antara seutama-utama perkara yang mendekatkan diri kepada Allah swt di bulan Ramadhan ialah menziarahi Baitullah. Berumrah di bulan yang mulia ini mempunyai keutamaan yang besar menyamai pahala haji; sebagaimana juga segala amalan soleh dipergandakan di Baitullah, maka berkumpullah bagi seseorang itu keutamaan masa (Ramadhan) dan keutamaan tempat (Tanah Suci).

Sesungguhnya manusia benar-benar didorong dan dijadikan cemburu ketika melihat berpusu-pusu umat Islam di Baitullah pada bulan puasa. Mereka mengharapkan pahala Allah, mereka memohon keampunan dan keredhaanNya; mereka berlumba¬lumba untuk melakukan ketaatan dan mereka berebut-rebut dalam menyegerakan membuat perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah.

Yang mengecewakan ialah bila ada antara jemaah dalam umrah menunaikan ibadah ini bukan hanya kerana Allah, melainkan datang untuk bermegah. Mereka meninggalkan amalan soleh dan tidak mencegah perbuatan kemungkaran. Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah, tidak memelihara kehormatan Tanah Suci dan tidak memuliakan Ramadhan.

Buku ini ditulis bagi memberi peringatan kepada Bakal jemaah umrah, memberi penjagaan kepada orang yang lalai dan nasihat kepada orang mukmin. Apa yang penulis lakukan ini ikhlas semata-mata mengharap keredhaan Allah swt.

Reviews

There are yet no reviews for this product.