Urusan Kewangan Semasa

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830996110

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 8.7500IN
Product Weight: 0.6050KG
Sales price: RM 16.00
Price / kg:
Utusan halal dan haram di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada urusan makan dan minum sahaja. Sebaliknya ia melibatkan urusan penyimpanan wang, pinjam meminjam sewaan, wakil, jualan dan lain-lain. Banyak orang berdoa setiap kali selepas menunaikan solat, agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Doa sebegini tidak dinafikan adalah antara doa yang baik dan tidak bercanggah dengan Al-Quran dan juga Hadis. Walau bagaimanapun perlu disedari, panjang umur, tidak ada manfaat kepada seseorang kalau dihabiskan kepada perkara-perkara maksiat kepada Allah.
Panjang umur yang diberkati oleh Allah ialah yang dipenuhi dengan amalan ketaatan dan mengutamakan yang halal dan menjauhkan yang haram di dalam perkara akidah, ibadah mahupun akhlak. Sebaliknya yang kita mahu ialah panjang umur yang diberkati oleh Allah.
Begitu juga dalam persoalan rezeki, ada orang yang tidak menghiraukan langsung dari mana sumber rezeki yang diperolehinya. Yang penting dia dapat mengisi perutnya dan dapat terus hidup sebagaimana orang lain hidup. Allah SWT menganggap manusia yang hidup untuk makan dan berseronok-seronok sahaja sebagai bukan sifat orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT:
'Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); Kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.