Beberapa Kepercayaan & Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670465647

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.0000IN
Product Heigth: 10.0000IN
Product Weight: 1.0400KG
Sales price: RM 40.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari , Dr. Jamaluddin Bin Hashim Al-Madani/ Dr.Razali bin Musa Al-Azhari

Di Semak Oleh : Dr. Mohd Puzhi bin Usop/ Ust.Muhammad Salman bin Jonid

Muka Surat: 520

Keterangan Buku Sesiapa yang berpegang teguh dengan Al-Our'an dan Sunnah tidak akan sesat selama-lamanya, itulah jaminan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat Islam. Pemahaman terhadap Al-Our'an dan Sunnah adalah sangat penting kerana ia merupakan panduan yang digunakan oleh umat Islam untuk menilai kepercayaan dan amalan yang mereka amalkan selama ini sama ada benar ataupun tidak. Tanpa pemahaman ini adalah amat sukar untuk seseorang untuk memastikan kepercayaan atau amalan yang dilakukannya tetap di atas landasannya atau tidak.
Oleh itu setiap amalan dan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam tidak boleh dilakukan - mengikut suka hati, mimpi, kasyaf, ilham, ilmu ladunni, budaya dan lain-lainnya. Seperti apa yang sering terjadi akhir-akhir ini sehingga ia mampu membawa pengamalnya menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Sebaliknya setiap amalan dan kepercayaan kita wajib dilakukan selaras dengan dua sumber muktabar iaitu Al-Qur'an dan Sunnah Nabi S.A.W.
Buku ini menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kepercayaan dan amalan kontroversi dalam masyarakat Islam. Semoga dengan contoh, huraian dan penjelasan yang dikemukakan oleh para penulis di dalam buku ini, boleh kita jadikan pedoman dan panduan, khususnya dalam melakukan ibadah dan meraih keredaan dan ganjaran Ilahi. Semoga setiap amalan yang kita lakukan, diterima dan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah Azza wa Jalla.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.