Syura Prinsip Utama Sistem Pemerintahan Islam

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830994604

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4500KG
Sales price: RM 12.50
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr. Abdullah Ahmad Qadiri

Terjemahan : Hapiz Mahaiyadin

Muka Surat : 184

Keunggulan dan matlamat asas pelaksanaan syura ialah kesemua anggota majlis syura atau sekarang dikenali dengan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan. Negeri, bersepakat untuk mencari kebenaran dan menggubal segala polisi dan dasar yang benar-benar menjamin kemaslahatan ummah. Majlis ini mestilah dianggotai orang yang berkelayakan sehingga mencapai taraf mujtahid, warak serta takut kepada Allah. Sehingga segala dasar yang dibuat mencapai sasaran dan tujuan serta tidak bertentangan dengan ketentuanNya.

Sistem syura dapat mengelak daripada melakukan kezaliman ketika menggubal sesuatu polisi berkaitan dengan hak-hak rakyat. Jika ditinjau sistem demokrasi lebih banyak menentukan kekuasaan mutlak terletak di tangan suara majoriti ahli persidangan. Tanpa menekankan faktor takutkan Allah dan RasulNya. Suara majoriti berhak melakukan segala-galanya sehingga mengambil alih kuasa Tuhan. Implikasinya akan tumbuh segar segala kemaksiatan seperti pusat perjudian, rasuah, keruntuhan moral dan kezaliman politik.

Fenomena ini dapat dihindarkan jika umat Islam kembali mengamalkan sistem syura dan melantik pemimpin yang mempunyai kelayakan. Semoga bilku ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang system ini, Insya Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.