Orang Kota Mencari Allah S.W.T.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675984754

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.5550KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Muhammad Muhyidin

Penterjemah: Noraini Abdullah

Penyunting: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 330

Orang kota yang digambarkan sebagai golongan yang mempunyai ekonomi mapan, segala keperluan hidupnya sudah lebih daripada cukup. Namun, dewasa ini penyakit-penyakit jiwa menyerang sehingga terabainya kewajipan spirititual manusia sebagai makhluk dan hamba Allah. Ini menyebabkan penyakit seperti kegelisahan, ketakutan, kengerian, kemarahan, kekecewaan sehingga kehampaan dan kehilangan arah kehidupan akibat kekosongan jiwanya. Hidup jadi serba tidak kena, tanpa warna warni. Tanpa rujukan spiritual dan itulah yang menjadikan mereka mudah kalut. Emosi tertekan bahkan boleh gila dan membunuh diri.

Lalu sebahagian daripada mereka berusaha mengubati penyakit jiwanya dengan kembali kepada Allah, menyelami kembali mata air Islam dengan pelbagai cara. Bermula dari latihan-latihan kecerdasan spiritual, emosi, bioenergi, solat khusyuk dan sebagainya. Bahkan sehingga perkara-perkara yang mistik yang cenderung kepada syirik dan mengaku menjadi 'Nabi'. Nauzubillah min zalik!

Apa pun bentuk dan cara pencarian mata air spiritual tersebut, semuanya bermaksud untuk mengisi keperluan rohaninya di celah-celah gahnya bangunan-bangunan pencakar tangit itu. Benar dan tidak boleh dilarikan sungguh banyak cara pencarian Allah S.W.T. itu yang menyebabkan mereka semakin jauh dari agama Allah dan menjerumuskan mereka kepada kesesatan di dunia dan akhirat.

Di sinilah letak pentingnya buku pengetuk hati ini bagi setiap orang kota ini. Buku ini hadir untuk menjawab kegelisahan rohani para pencari mata air spiritual Islam dengan gaya bahasa yang elegen, kritis, penuh inspirasi dan hikmah. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak kira orang itu penjual sayur, ahli politik, pekerja pejabat, orang awam atau ustaz, kaya atau miskin. Insya Allah, anda tidak akan tersesat...

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.