Keajaiban 350 Ayat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681068

In Stock - 98  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 6.0000IN
Product Heigth: 9.0000IN
Product Weight: 0.6650KG
Sales price: RM 25.00
Price / kg:

"Ya Allah, dengan Al-Qur'an, kurniakanlah rahmat-Mu kepadaku. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai imam, cahaya, hidayah dan sumber rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah aku sekiranya aku lupa mengingatinya. Ajarkanlah aku apa yang aku tidak fahami dan tidak tahu. Kurniakanlah kepadaku kenikmatan membacanya setiap waktu, baik di tengah malam atau siang hari. Jadikanlah Al-Qur'an bagiku sebagai hujah (pembela), Ya Rabbal'Alamin."

Diturunkan Al-Qur'an sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia. Al-Qur'an bukan sahaja sebagai kitab panduan dan petunjuk malah ia juga adalah kitab ilmu. Masih banyak ilmu-ilmu yang belum terungkai terdapat di dalam Al-Qur'an. Buku ini merungkai secebis keajaiban ayat dan surah yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Fadilat serta kelebihan ayat-ayat ini yang boleh kita manfaatkan untuk kebaikan dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Ini merupakan salah satu keistimewaan Al-Qur'an yang anugerahkan kepada kita.

Selain itu buku ini juga menghuraikan bagaimana cara dan adab kita ketika membaca Al-Qur'an dari segi zahir dan batin. Ini amat penting kerana Al-Qur'an adalah amat istimewa dan penting untuk kita dan adalah sepatut dan sewajarnya kita menjaga adab dan tertib terhadap kitab yang kita imani itu. Dan sekiranya kita membaca dan mengamalkannya ganjaran dan manfaatnya begitu besar.

Setelah anda membaca buku ini, semoga tidak dipersiakan anugerah teristimewa yang kita miliki itu. Dan semoga hidup kita sentiasa disinari cahaya keberkatan dan ketenangan Al-Qur'an.

Reviews

There are yet no reviews for this product.