Sistem Administrasi & Pentadbiran Pada Zaman Rasulullah S.A.W.
In Stock - 100 ITEMS
Product Dimensions and Weight
Buku ini merangkumi aspek-aspek dan sistem pentadbiran yang dijalankan dari sudut dakwah lslamiyyah. strategi dakwah yang dijalankan di Mekah dan Madinah seperti:
* Pentadbiran Di Madinah Dan Pembahagian Sistem Wilayah Dalam Negara.
* Pengurusan Urusan Diplomasi Dalam Negeri Dan Luar Negeri.
* Pengurusan Kewangan, Ekonomi, Pertanian Dan Perindustrian.
* Ketenteraan Dan Pertahanan Negara.
* Kehakiman Dan Keadilan.
* Tatacara Menanggani Perlanggaran Hak Asasi Manusia.
Ini dapat memberikan dimensi baru terhadap pembacaan dan pentafsiran Sirah Nabawiyyah dan sejarah Islam menurut persepektif sistem pentadbiran moden. Kita dapat simpulkan bahawa Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan impak yang besar dan menjadi contoh terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan moden dengan menjadi asas pembinaan sistem yang wujud sekarang ini. Sekaligus is telah menafikan bahawa Islam adalah agama kemuncluran dan keganasan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di Barat dan di dunia ini. Hayatilah isi kandungan buku ini. pasti para pembaca dapat merasai kemanisan Islam sebagai agama rahmat bagi seluruh alam. bukan sekadar untuk umat atau bangsa tertentu sahaja.