Himpunan Doa Mustajab Men.Al-Quran & Sunnah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681808

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.5050KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Syeikh Ahmad Abdul Jawwad

Penterjemah : Ustaz Abdul Wafi

Disemak Oleh: Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat : 247

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu." (Surah Ghafir, ayat 60). Doa bukan hanya ibadat, malah is adalah otak ibadah seperti yang dijelaskan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat". - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal.

Buku ini adalah hasil karangan Sheikh Ahmad Abdul Jawwad yang membicarakan keutamaan zikir kepada Allah SWT. keutamaan bertasbih kepada-Nya, keutamaan membaca zikir-zikir yang tertentu seperti 'La Hawla Wa La Quwwata llla Billah', Istighfar, keutamaan membaca beberapa surah yang terkandung dalam al-Qur'an seperti Surah al-Baqarah, Ayat Kursi, Al-Rahman, Al-Waqi'ah dan surah-surah lainnya. Buku ini turut menyentuh mengenai keutamaan membaca selawat dan berdoa, di samping menyenaraikan beberapa doa yang boleh dibaca dan diamalkan pada situasi dan keadaan tertentu dan juga doa-doa harian. Buku ini telah dibaca dan disemak oleh para pensyarah dari Universiti Islam Madinah Munawwarah seperti Mahfuz Ibrahim Faraj dan Abdul Rahim Jum'ah Asy¬Syarif. dan juga dua orang pensyarah dari Universiti Dar al-Hadith iaitu Muhammad al-Mandi Mahmud All dan Syatan All Khalil Abdul Rahman.

Kandungan buku ini amat bermanfaat untuk dibaca dan diamalkan dalam usaha mendekatkan diri dan menyucikan jiwa kita kepada Allah SWT. Kelebihan atau fadhilat doa itu amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambanya, tiada ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa. Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala berkata: "Jika ada orang bertanya. apa manfaat doa itu padahal qada (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan. Ketahuilah bahawa qada juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa adalah menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya bahawa perisai adalah menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya turnbuh-tumbuhan di muka bumi."

Reviews

There are yet no reviews for this product.