Dahsyatnya Peristiwa Menjelang Kiamat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267166

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.0000IN
Product Heigth: 10.0000IN
Product Weight: 0.9700KG
Sales price: RM 32.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Abu Abdirrahman Adil Syausyah

Penterjemah: Azarita Ahmad

Disemak Oleh : Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 453

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berta (yang dikandung)nya. Dan mansuia bertanya: Apa yang terjadi dengan bumi ini? Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka(balasan) semua perbuatannya. Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberta zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Al-Zalzalah: 1-8)

"Hari Kiamat, apakah Hari Kiamt itu? Dan tahukah kamu apakah Hari Kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan. Dan gunung-ganang seperti bulu yang dihamburkan." - (Al-Qari;ah: 1-5)

"Apabila langit terbelah. Dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya patuh. Dan apabila bumi diratakan. Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong." - (Al-Insyiaq: 1-4)

"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan. Dan apabila lautan dijadikan meluap. Dan apabila kuburan-kuburan dibongkar." - (Al-Infitar: 1-4)

"Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan. Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus) dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan dan apabila lautan dipanaskan. Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuhnya). Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. Kerana dosa apa yang dia dibunuh? Dan apabila lembaran-lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar-lebar. Dan apabila langit dilenyapkan. Dan apabila neraka Jahim dinyalakan. Dan apabila syurga didekatkan." (Al-Takwir: 1-13)

Jika kita melihat atau menonton peristiwa tsunami, gempa bumi, puting beliung, banjir dan peperangan. Kita pasti sebak dan gerun melihat musibah dan kesannya. Tetapi gambaran di atas dinyatakan di dalam al-qur'an tentang betapa dahsyatnya kiamat. Betapa musibah dan kesan yang tidak dapat digambarkan, memusnahkan dan menghancurkan bumi yang kita duduki ini. Buku yang anda sedang pegang ini menceritakan bagaiman dahsyatnya kiamat. Semoga dengan apa yang disampaikan oleh penulisnya mampu memberikan kita kekuatan dan keteguhan agar iman dan amal kita lebih mantap.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.