300 Kunci Pembuka Rahmat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675274459

In Stock - 98  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4850KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Shalahuddin Mahmud

Diterjemahan Oleh: Muhammad Akhyar LC Syahrin bin Jasah

Muka Surat: 232

Kunci untuk mendapatkan rahmat adalah berperilaku baik dalam penyembahan terhadap pencipta serta usaha untuk memberikan manfaat kepada hamba-Nya. Kunci rezeki adalah usaha yang disertai istighfar dan takwa. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kunci persiapan untuk akhirat adalah tidak panjang pembuka angan-angan. Kunci setiap kebaikan adalah hanya berharap kepada Allah dan kampung akhirat, dan kunci Rahmat setiap keburukan adalah cinta dunia dan panjang angan-angan.

lnilah unsur-unsur penting yang besar sekali ertinya kerana mengandungi pintu-pintu ilmu yang sangat banyak manfaatnya, seperti mengenal kunci-kunci kebaikan dan keburukan, yang tiada diberi petunjuk untuk mengenal dan memperhatikannya, kecuali orang yang baik keberuntungan dan nasibnya.

Allah SWT telah menetapkan pada setiap kebaikan dan keburukan itu suatu kunci dan pintu yang dapat dimasuki untuk menuju kepada-Nya. Dia telah menetapkan sifat sombong, syirik, berpaling dari tujuan yang dengannya. Dia mengutus Rasul-Nya untuk menyampaikannya, lalai dari mengingat-Nya dan memenuhi hak-Nya sebagai kunci neraka.

Dia telah menjadikan minuman keras sebagai kunci setiap dosa. Menjadikan bahan-bahan lucah sebagai kunci zina. Menjadikan pandangan kepada pelbagai rupa sebagai kunci pencarian dan cinta buta. Menjadikan malas dan santai sebagai kunci kekecewaan dan kemiskinan. Menjadikan pelbagai kemaksiatan sebagai kunci kekufuran.

Dan seterusnya Allah SWT menjadikan dusta sebagai kunci kemunafikan. Dia menjadikan tamak dan rakus sebagai kunci kikir, pemutus tali persaudaraan, dan pencarian harta secara tidak sah, dan menjadikan sikap berpaling dari ajaran yang disampaikan Rasul sebagai kunci bid'ah dan kesesatan.

Semua tidak mudah dipercayai, kecuali oleh orang yang memiliki pandangan batin yang benar dan akal fikiran yang dengannya dia mengenali apa yang ada pada dirinya berupa kebaikan dan keburukkan.

Oleh kerana itu, sudah seharusnya seorang hamba berusaha keras untuk mengenali kunci fungsi-fungsinya. Dan Allah-lah yang berada di balik taufik dan keadilan-Nya, kerajaan, bagi-Nya segala puji, bagi-Nya seluruh nikmat dan kurnia. Dia tidak ditanya tentang apa yang dibuat-Nya, tetapi merekalah yang akan ditanya.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.