HIMPUNAN DOA & ZIKIR NABAWI SEHARI-HARI

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681815

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 10.0800M
Product Heigth: 14.0500M
Product Weight: 0.0950KG
Sales price: RM 7.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Dr. Abdullah Ahmad Al-Allaf
Penterjemah: Abdul Rachman Saleh Siregar, M.A

Salam buat semua pembaca yang dihormati. Buku ini telah diterjemah oleh saudara Abdul Rachman Siregar dari buku Bahas Arab yang yang bertajuk "Al-Azkar An-Nabawiyah Fil-Hayat An-Nabawiyah"  hasil karya saudara Abdullah Ahmad al-Allaf. Ia mempunyai kepentingan meneruskan sunnah Nabi S.A.W dengan mengamalkan doa-doa yang selalu baginda amalkan seharian.

Antara doa-doa dan zikir-zikir yang dihimpun oleh penulis oleh penulis bermula dari seorang hamba Allah itu bangun tidur hinggalah di saat sakaratul maut mendatanginya. Penulis memasukkan sekali athar-athar yang sahih agar dapat dijadikan pedoman untuk sekalian pembaca. Setiap muslim sedia maklum bahawa doa itu adalah senjata bagi orang mukmin, maka mereka dialu-alukan untuk membaca, menghafal dan mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang selalu dibaca oleh baginda S.A.W antaranya doa bangun tidur, doa masuk rumah baru, doa pada malam Lailatul Qadr, doa ketika bermimpi buruk, doa agar dijauhkan dari keburukan, doa bagi orang yang mahu bertaubat dan sebagainya. Bacalah buku ini mudah-mudahan Allah mempermudahkan hafalannya. Insya Allah.

Usaha murni penulis dan penterjemah buku ini amatlah dihargai. Semoga Allah Ta'ala memberikan mereka `inayah agar terus berkarya dan mengumpulkan bahan amalan, doa dan sunnah Nabi S.A.W untuk sumbangan mereka kepada masyarakat Islam agar menjadi umatnya yang berjaya dunia dan akhirat. Amin. 

Reviews

There are yet no reviews for this product.