Panduan Haji Umrah Dan Ziarah

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830990019

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4400KG
Sales price: RM 11.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Muhammad Abdul Aziz Al-Hallawi

Penterjemah : Drs. Syahrin Jasah

Muka Surat :196

Perjalanan ke tanah suci serta perlaksanaan ibadat haji adalah satu impian yang selalu diharapkan dan dicari-cari oleh setiap orang muslim. Betapa tidak, haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga. Bukan hanya itu, orang yang telah selesaikan mengerjakan haji akan pulang ke kampungnya dalam keadaan bersih dari dosa seperti ketika dilahirkan oleh ibunya.

Tentunya anda juga termasuk orang yang ingin berangkat untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Tetapi harus ingat, jangan berangkat ke sana tanpa sebarang bekalan, khususnya ilmu pengetahuan tentang haji. Anda memerlukan buku panduan yang benar, lengkap dan mudah difahami, supaya anda tahu rukun-rukun dan wajib haji, tahu mana yang boleh dikerjakan dan mana yang tidak. Mana-mana yang perlu dikunjungi, zikir dan doa apa yang sesuai dibaca dan sebagainya.

Buku Panduan atau ilmu yang anda miliki itulah yang memegang tangan anda dan membimbing anda sepanjang perjalanan semenjak berangkat dari rumah, ketika melaksanakan ibadah haji, sesuai dengan yang ditunjukkan oleh junjungan kita Rasulullah s.a.w., sampai kembali ke rumah insya-Allah dosa anda sudah diampuni.

Maka buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang pergi menziarahi Baitullah dan mendapat haji yang mabrur.

Reviews

There are yet no reviews for this product.