Sabda-Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670267128

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 57.5000IN
Product Weight: 0.2950KG
Sales price: RM 5.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Maulana Wahiduddin Khan

Terjemahan : Haji Hussein bin Zamburi

Editor : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop

Buku kecil yang mengandungi hadis-hadis pilihan daripada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. ihi adalah hadis-hadis yang telah disusun oleh Maulana Wahiduddin Khan, bertajuk "Words Of The Prophet Muhammad s.a.w., Selection From the Hadith". Buku ini telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Goodword Books Pvt. Ltd. New Delhi, India pada sejak 1997. Buku ini adalah berdasarkan daripada terbitan kali kelimanya pada tahun 2005. Setelah diteliti akan kesemua 157 buah hadis-hadis yang terkandung di dalam buku ini. kami merasakan adalah wajar ia diterjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk tatapan umum di Malaysia pula. Hadis-hadis yang dikemukakan terbahagi kepada tajuk-tajuk seperti berikut:

I. Keimanan dan Jihad
2. Solat dan Taubat
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji, Umrah dan Jihad
6. Memohon kepada Allah
7. Hari Pembalasan
8. Percakapan yang disukai Tuhan
9. Keangkuhan
10. Bacaan Al-Quran
11. Di Akhirat
12. Perhatian Berat Terhadap Ibu Bapa
13. Kejiranan
14. Rasuah
15 . Dalam Majlis
16 . Terhadap Bukan Islam
17 . Para Suami
18 . Para Isteri
19 . Persaudaraan Islam
20 . Melawat Yang Sakit
21 . Pemberian Orang
22 . Perkahwinan
23 . Pemiagaan
24 . Pemberi Hutang
25 . Amanah Orang
26. Berkat Bercucuk Tanam
27. Menyimpan Rahsia
28 . Berkaitan Dengan Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.

Kesemua hadis-hadis ini mempunyai rujukannya seperti daripada Imam al-Bukhary. Muslim, Ahmad ibn Hambal, At-Tirmidzi, At-Thabrani dan lain-lainnya yang bersumberkan daripada Abu Hurayrah r.a., Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Abu Ayyub Al-Ansari r.a., Abdullah bin Umar r.a., Ali Thalib r.a. dan sebagainya.

Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, diharap kesemua hadis-hadis ini dapat memberikan banyak faedah di samping ianya mudah dijadikan bahan rujukan pantas untuk para Muslimin semuanya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.