Ya Allah Aku Tidak Layak Untuk Syurga-Mu ..........

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675984211

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.3700KG
Sales price: RM 10.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Badiatul Roziqin

Penterjemah : Asiah Nur Daud

Penyunting : Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 146

Abu Nawas satu ketika pernah berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu, malah tidak juga sanggup ke neraka-Mu..." Doa ini begitu menyentuh hati! Kalau anda bertandang ke rumah teman anda dan bertanya kepadanya kenapa minuman tidak dihidangkan, "Abang, aku tidak mengharapkan minuman, tetapi aku rasa haus dan lapar..." Bagaimanakah reaksi tuan rumahnya? Setidak-tidaknya mungkin akan dihidangkan walaupun dengan segelas air putih. Nah, itulah yang kita harapkan! Walau pun Allah tidak reda mengurniakan syurga yang paling tinggi, syurga yang paling rendah pun tidak mengapa, bukan?

Jika kita bayangkan diri kita yang sering bergelumang dengan dosa, tiba-tiba menghembuskan nafas terakhir malamnya, maka bagaimanakah nasib kita kekal di alam kubur kemudian di alam akhirat? Amat ngeri sekali. Kuatkah kita menghadapi jutaan seksaan yang amat tidak terperi pedihnya? Mampukah kita bertahan di neraka? Selesakah kita dengan segala pembalasan-Nya yang amat menggentarkan setiap jiwa? Astaghfiruilah ... !
Sesungguhnya kita amat mengharapkan syurga-Nya, walaupun kita sedar bahawa diri ini terasa tidak layak ke sana menikmatinya, kerana lumpur dosa yang tidak pernah lekang daripada hati dan jasad ini. Andai kata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah. Nescaya sekujur tubuh ini akan hilang ditelan oleh barah-barah dosa itu! Begitulah parahnya dosa kita, membiarkan diri kita bergelumang dosa walaupun seringkali tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kitam mampu bertahan di neraka-Nya! 
Buku ini mengajak kita semua untuk belajar dengan rendah hati bagaimana sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah Azza Wa Jalla, memohon keampunan-Nya, mengharap reda-Nya, sebagai hamba yang tidak berdaya dihambat lumpur-lumpur dosa. Ini adalah bacaan motivasi Islam, membangkit kekuatan hati agar segera bersujud kepada-Nya. Dengan sebenar-benar sujud, menebus segala dosa, selagi roh masih dikandung badan sebelum syurga atau neraka terhampar di depan mata kita!

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.