Subulus Salam Jil 4 H.C.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673680795

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.0000IN
Product Heigth: 10.2500IN
Product Weight: 1.3100KG
Sales price: RM 55.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

Penterjemah: Nor Hasanuddin H.M.Fauzi

Penyunting: Ustazah Sabariah Bakri (IIUM)

Disemak Oleh: Mohd. Khairul Nizam Nazri(Fellow Jab.Quran & Hadis UM) Muka Surat: 579

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain syarah yang berjudul Ibanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, 'Alwi 'Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam 'Allusy.

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunkan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut dan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya. Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini.

Karya ini patut dimiliki oleh setiap muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapt mengenalpasti landasan bagi setiap amal ibadah yang dilakukannya. Ini bagi memastikan amal perbuatannya itu menepati ajaran yang terdapat di dalam Sunnah Rasulullah S.A.W.

Kitab Ibanah al-Ahkam jilid keempat ini terdiri daripada bab jenayah, bab hudud, bab jihad, bab makanan, bab kehakiman, dan bab akhlak yang merangkumi antara lain diyat; mendakwa pembunuhan dan qasamah; memerangi pemberontak; memerangi pelaku kejahatan dan orang murtad; hukuman orang berzina; hukuman qazaf; hukumna mencuri; hukuman bagi peminum khamar; ta'zir dan sha'il (orang yang membala diri); jizyah dan gencatan senjata; berlumba dan memanah; pemburuan dan penyembelihan; qurban; akikah; sumpah dan nazar; persaksian; dakwaan dan pembuktian; adab berbuat kebaikan dan silaturrahi; zuhud dan warak; menjauhi akhlak tercela; menghiasi diri dengan akhlak mulia; zikir dan doa.

Reviews

There are yet no reviews for this product.