Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jil 9 - (HC)

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682324

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.5000IN
Product Heigth: 10.5000IN
Product Weight: 1.2100KG
Sales price: RM 65.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Penterjemah : Nor Hasanuddin, Faisal Saleh

Penyunting/Editor: Aisyah Salpuddin, Dr. Muhammad Sabri Sahrir<

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kesembilan buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan mahar, nikah syighar dan bab nafkah. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.

Reviews

There are yet no reviews for this product.