Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jil 13 - HC

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682508

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 18.5000CM
Product Heigth: 26.1000CM
Product Weight: 1.3800KG
Sales price: RM 65.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Pentahqiq: Dr. Ahmad Badruddin Hassun

Penterjemah : Nor Hasanuddin, Faisal Saleh

Editor/Penyunting : Asiyah Saipuddin/Ust. Muhammad Salman Jonid

Muka Surat: 734

Imam Muhammad bin Idris As-Syafie (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam As-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan As-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (Pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baru).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada As-Syafie, iaitu:
1. Kitab yang ditulis sendiri oleh As-Syafie
2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam As-Syafie di hadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (Al-Imla’i)
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid As-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.


Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab As-Syafie ialah kitab Al-Umm (kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab As-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab Al-Umm dari sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membalaskan berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dari Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’dan Qiyas. Isikitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu As-Syafie dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Dalam kalangan ulama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab Al-Umm, adakah ia ditulis oleh As-Syafie sendiri atau karya para muridnya . Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab Al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan As-Syafie kerana ia memuat pandangan dan pemikirannya dalam bidang hokum berdasarkan riwayat murid-muridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan thiqah.

Jilid ketiga belas (13) daripda ensiklopedia Imam Syafie ini membahaskan Kitab Perbezaan Pendapat diantara Ali bin Abu Talib r.a dan Abdullah bin Mas’ud r.a dalam bab-bab fiqh seperti Wuduk, Mandi, Tayammum, Puasa, Nikah, Talak, Mut’ah, Jual Beli, Luqatah (Barang Yang Ditemui), Faraid, Hudud dan lain-lain lagi; Kitab Perbezaan Pendapat di antara Imam Malik r.a dan Imam Syafie r.a dalam bab-bab fiqh seperti bab zakat, jual beli, solat, nikah dan mahar, puasa, luqatah, haji dan umrah, puasa dan lain-lain lagi; Kitab Jima’ Al-‘Ilm; Kitab penjelasan terhadap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT; Kitab Sifat larangan Nabi SAW; Kitab membatalkan Istihsan; Kitab Sanggahan terhadap Muhammad bin Al-Hassan, dan Kitab Siyar Al-Auzar’ie. Moga ensiklopedia fiqh padat yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu dengan khazanah perbahasan ilmu yang ada di dalamnya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.