Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jil 10 - HC

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682416

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 15.2000CM
Product Heigth: 22.7000CM
Product Weight: 0.5550KG
Sales price: RM 65.00
Price / kg:

Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yan menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkan penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (Pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (Pendapat Baru).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu:
1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie
2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie di hadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla’i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.


Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab al-Syafie ialah kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Di kalangan ulama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitabal-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan kepada al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya, dalam bidang hukum berdasarkan riwayat murid-muridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan thiqah.


Jilid kesepuluh (10) daripada kitab al-Umm ini membahaskan persoalan-persoalan feqah dalam kitab ‘Iddah, KitabIla’, Kitab Zihar, Kitab Li’an, Kitab Jenayah dan Qasamah. Moga esiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besarkepada para pembaca dan penuntut ilmu dengan khazanah perbahasan ilmu yang ada di dalamnya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.