Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jil 1 - HC.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673681259

In Stock - 96  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.2500IN
Product Heigth: 10.2500IN
Product Weight: 1.1950KG
Sales price: RM 60.00
Price / kg:
Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm(Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid pertama buku daripada Kitab Al-Umm ini menceritakan dengan panjang lebar mengenai biografi Imam Al-Syafie secara terperinci khususnya sejarah kehidupan Imam Al-Syafie dalam mencari ilmu. Jilid ini juga membicarakan tentang keilmuannya, karya-karya beliau yang menjadi rujukan serta sejarah perkembangan mazhab Al-Imam sendiri. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.