Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jil 7 HC

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682218

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.5000IN
Product Heigth: 10.5000IN
Product Weight: 1.3300KG
Sales price: RM 70.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Pentahqiq: Dr. Ahmad Badruddin Hassun

Penterjemah : Nor Hasanuddin, Faisal Saleh

Editor/Penyunting : Asiyah Saipuddin/Ust. Muhammad Salman Jonid

Muka Surat: 674

Imam Muhammad bin Idris al-Syafie, (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baharu).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu;
1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie
2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie di hadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla’i)
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab as-Syafie ialah kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal dari kitab ini. Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dari al-Qur’an, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang ia kemukakan mennggunakan jalur periwayatan tersendirisebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Di kalangan ulama terdapat karaguan dan perbezaan pendapat mengenai penulisan kitab al-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat murid-muridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan thiqah.
Jilid keenam daripada Kitab al-Umm ini membahaskan persoalan-persoalan fiqah berkaitan nazar, jual beli dan gadaian (rahn). Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat basar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.

Reviews

There are yet no reviews for this product.