Himpunan Hadith Shahih Mengenai Hukum Hudud

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830990545

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4250KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr. Abdul Ghani Azmi Haji Idris

Muka Surat : 207

Al-Hudud atau hukum-hukum hudud ialah sebahagian dari hukum jenayah Islam yang utama telah menjadi sangat asing bagi umat Islam di seluruh dunia setelah mereka dijajah oleh golongan kuffar dan setelah sistem hidup mereka dalam bidang politik, ekonomi, sosial, perundangan-perundangan dan lain-lainnya diatur dengan sisitem sikular dan dajalisma yang sesat lagi menyesatkan itu.

Sebahagian besar mereka bukan sahaja sangat asing dan jahil dengan hukum-hukum Hudud, tetapi mereka telah memomoki, memusuhi dan memandang hukum hudud itu telah ketinggalan zaman, primitif, zaman dan tidak dapat menegakkan keadilan dalam zaman yang serba komplek dan moden ini.

Sesungguhnya hukum-hukum hudud itu adalah sebahagian dari ajaran syariat Islam yang pokok dan asasi, yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam wahyunya (Al-Quran) yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan yang kemudiannya dijelaskan dan diperincikan oleh baginda melalui ucapan, perbuatan dan taqrinya yang dinamakan As-Sunnah itu adalah sebahagian dari wahyu Allah juga. Allah SWT berfirman:
"Dan tidaklah Kami turunkan al-Kitab (Al-Quran) ini melainkan supaya engkau dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman."

Semua hukum hudud ini wajib diimani oleh tiap-tiap orang yang menamakan dirinya mukmin atau muslim, wajib menerima pakai, wajib melaksanakannya dalam kehidupan duniawi ini wajib memperjuangkan pelaksanaannya jika is belum dilaksanakan. Untuk kepentingan umat Islam di sini, maka buku ini disenaraikan hadith¬hadith shahih yang menjadi dalil atau nash bagi jenayah-jenayah hudud.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.