Sihat Holistik Cara Rasulullah S.A.W.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674890506

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.6350KG
Sales price: RM 20.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Dr. H. Briliantona M. Soenarwo, KH. Muhammad Rusli Amin

Alih Bahasa : Nabilah Abd. Jalil

Muka Surat: 359

Seperti yang kita imani dan ketahui, Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup bagi semua nabi dan rasul. Baginda s.a.w, juga adalah rasul yang diutuskan untuk seluruh umat manusia akhir zaman. Terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan daripada sumber-sumber yang benar dan sahih telah merakamkan tentang riwayat kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. sejak dari sebelum kelahiran hinggalah ke akhir hayat baginda. Apa yang kita temui di dalam riwayat kehidupan Nabi S.A.W ini adalah berkenaan bagaimana sempurnanya sosok kekasih Allah ini.

Nabi Muhammad ini adalah 'Role Model' atau 'Suri Teladan/Contoh Teladan' yang sepatutnya kita agung-agungkan. Dari pelbagai sudut kehidupannya begitu sempurna dengan bimbingan dan peliharaan Allah S.W.T. Sihat holistik bukan hanya merujuk kepada kesihatan tubuh badan, ia merangkumi seluruh kualiti seseorang individu, baik secara zahir mahupun batin. Ruang lingkup perbicaraan inilah yang dibahaskan di dalam buku ini. Dihuraikan secara tersusun bagi memudahkan kita memahami dan menyelusuri bagaimanakah gaya hidup yang sihat dari sudut zahir dan batin, jasmani dan rohani, dunia dan akhirat seorang insan yang istimewa dan sentiasa dirindu oleh umatnya dan dikasihi Allah S.W.T.

Moga-moga buku ini boleh kita jadikan sebagai buku panduan untuk kita menjalani kehidupan seharian berlandaskan sunnah-sunnah Nabi S.A.W. Selain itu ia menjadi suatu dorongan dan motivasi bagi kita untuk menambahkan serta mengukuhkan keimanan kita.

Reviews

There are yet no reviews for this product.