Psikologi Rasulullah S,A,W,

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675274343

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4350KG
Sales price: RM 18.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Disemak oleh : Ust. Muhammad Sabri bin Shahrir (UIAM) Muka Surat: 277

Buku ini membicarakan persoalan Psikologi Rasulullah SAW, yang dibahaskan berdasarkan kepada nas al-Qur'an dan al-Sunnah bersertakan dengan contoh-contohnya sekali. Sebenarnya kalau dikaji nas al-Qur'an, al-Sunnah, buku-buku tafsir, hadis, sirah dan juga sejarah, didapati baginda telahpun menggunakan berbagai-bagai bentuk psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, termasuk musuh baginda sendiri. Inilah rahsia kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk tanah Arab. Baginda menggunakan psikologi ketika berinteraksi dengan kanak-kanak, isteri, anak-anak, pasangan suami isteri yang bermasalah, para sahabat, orang-orang Islam yang melakukan kesalahan, orang-orang bukan Islam yang menjadi jiran tetangga dan bukan jiran tetangga dan juga di dalam berhadapan dengan perwakilan asing dan juga orang-orang luar, samada yang telah memeluk Islam mahupun yang belum memeluk Islam.

Kebanyakan interaksi baginda adalah secara berhikmah, Iemah lembut dan bertoleransi. Ketika berhadapan dengan Maharaja Herculis sahaja, baginda terpaksa mengambil sikap yang keras dan tegas, kerana sikap boneka maharaja itu iaitu Syurahbil Bin Amru al-Ghassani bertindak membunuh utusan baginda yang diutuskan untuk menyeru raja itu kepada Islam. Tindakan membunuh utusan adalah satu perbuatan biadab, berdasarkan kepada amalan politik antara bangsa.

Buku ini bertujuan antara lain membuka minda umat Islam di negara kita, tentang psikologi nabi Muhammad dalam berinteraksi dengan masyarakat, agar mereka turut menggunakan pendekatan psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, samada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. la satu perkara yang mesti dilakukan oleh semua pihak, demi mengekalkan perpaduan ummah dan melihat pembangunan negara terus berjalan lancar di dalam berbagai-bagai bidang.

Buku ini amat balk untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam, dari semua lapisan masyarakat, seperti pelajar, ibu bapa, pensyarah, pegawai agama, mufti, kadi, guru-guru agama dan pakar-pakar motivasi, guru-guru kanseling dan lain-lain. Perbahasannya cukup menarik kerana melibatkan nas-nas al-Qur'an, al-Sunnah, logik akal dan juga ulasan-ulasan ulama terdahulu.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.