Pelita Penuntut

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789830996073

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.4250KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Terjemahan: Muhammad Syaflil bin Abdullah bin Muhammad Bin Ahmad Rangkul Langgih Fathani

Alibahasa Dari Tulisan Jawi ke Tulisan Rumi : Noraine Abu

Muka Surat: 188

Kitab Ta'lim Al-Muta'aallim ini amat penting bagi para pelajar pondok. Ianya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adab dalam menuntut ilmu. Ianya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut ilmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu'allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu:

Fasal 1: Hakikat 'ilmu dan feqah dan kelebihannya.

Fasal 2: Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu.

Fasal 3: Memilihkan 'ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas 'ilmu.

Fasal 4: Membesarkan 'ilmu dan ahlinya.

Fasal 5: Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita.

Fasal 6: Permulaan memotongkan bacaan, kadarnya, dan aturannya.

Fasal 7: Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan 'Azza wa Jalla.

Fasal 8: Waktu menghasilkan 'ilmu dan menuntutinya.

Fasal 9: Kasih sayang dan nasihat.

Fasal 10: Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya.

Fasal 11: Warak' pada ketika belajar 'ilmu.

Fasal 12: Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa.

Fasal 13: Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur.

Dan bahagian dan akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Ma'siat-Ma'siat Hati".

Reviews

There are yet no reviews for this product.