Munyatul Musalli Idaman Orang Yang Solat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673680030

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.2500IN
Product Weight: 0.1850KG
Sales price: RM 10.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani

Pengalihan Tulisan Jawi ke Roman: Naraine Abu

Muka Surat: 139

Bahawasanya solat lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian rukun lslam Yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah. Dan tempatnya daripada agama seperti besar kepala daripada tubuh, maka seperti bahawasanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya, maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada solat baginya. Demikianlah telah datang pada beberapa hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.
Telah menjadikan kami Allah Subhanahu wa Ta'ala dan akan kamu daripada orang yang memelihara rakan atas solat yang lima waktu dan orang yang mukmin bagi solat yakni dan memeliharakan dia, lagi orang yang khusyuk padanya yakni tetap hatinya dan anggotanya di dalam solat, lagi yang mengekalkan atas solat yakni tiap-tiap sudah solat, dia bercita- cita hendak mengerjakan solat yang keduanya, demikianlah selama lamanya.
Maka dengan demikian itulah menyuruh Allah Subhanahu wa Ta'ala akan segala hambaNya yang mukmin di dalam kitabNya dan dengan dia memperikan sifat mereka itu, maka firmanNya: Peliharakan oleh kamu, hai orang yang mukminin atas solat yang lima waktu dan peliharakan solat Wustha dan berdiri kamu bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala mengerjakan kamu akan taat.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.